Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 3 NOVEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan dan Operasi bagi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Rondaan dan pemantauan melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang berpotensi boleh menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.
Pasukan penguatkuasa juga turut menjalankan pemeriksaan di Kawasan Perindustrian Chendering dan Kawawasan Perindustrian Hulu Terengganu, tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Pasukan rondaan turut membuat pemantauan di kawasan pantai di Chendering sehingga Rusila, Marang dan mendapati tiada pencemaran tarball dikesan di kawasan pantai tersebut.
Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Tertak Batu, Marang mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka berlaku dan tiada pelupusan haram buangan terjadual dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama