Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 12 NOVEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan Chukai, Jakar, Geliga, Kuala Kemaman, Mat Lagam, Binjai, Mak Chili, Desa Solehah, Kg Besut, Bukit Kuang dan Telok Kalong menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dibuat di kawasan yang berpotensi boleh menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.
Kilang-kilng di Kawasan Perindustrian Jakar juga turut dipantau mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Rondaan di Pantai Kuala Kemaman mendapati tiada sebarang tarball ditemui. Rondaan dijalankan di Check Dam Sungai Kg Mak Lagam, Kemaman, mendapati infrastruktur tersebut berfungsi.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama