Penerangan
RONDAAN PENCEGAHAN AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM DEEPAVALI
KUALA TERENGGANU, 12 NOVEMBER 2023: Pasukan Penguatkuasaan JAS Terengganu terus meningkatkan rondaan mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran di negeri ini.
Rondaan melibatkan daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu. Hasil rondaan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dibuat di kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan oleh orang awam sebagai amaran keras kesalahan tersebut yang boleh menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran dan orang awam.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dijalankan di Kawasan Perindustrian Ajil, Hulu Terengganu dan Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Marang menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Pasukan rondaan turut membuat pemantauan pencemaran di sekitar Tasik Kenyir dan Pengkalan Gawi mendapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama