Penerangan
???????????????
PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2023 PERINGKAT SK BUKIT QUOIN, TAWAU SABAH
25 November 2023, SK Bukit Quoin, Tawau Sabah telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia melibatkan pengurusan pihak sekolah, PIBG dan juga pelajar sekolah. Antara pengisian aktiviti adalah pameran, pertandingan bakat kanak-kanak, cabutan bertuah, permainan indoor games dan juga tapak jualan.
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau telah dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan alam sekitar
JAS Cawangan Tawau telah mempamerkan risalah-risalah dan phamplet berkaitan alam sekitar seperti Pencemaran Udara, Larangan Pembakaran Terbuka, Pencemaran Sungai, Pencemaran Enjin Diesel dan Petrol dan lain-lain.
Beberapa agensi lain juga telah dijemput untuk mengadakan pameran seperti AADK Cawangan Tawau, Jabatan Hidupan Liar Tawau dan juga agensi berkaitan pengurusan kewangan.
JAS Cawangan Tawau telah menerima cenderakenangan daripada Guru Besar SK Bukit Quoin, Tuan Samson Bin Sahibul.
Sekian untuk makluman.