PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 3/2023 - DRAF LAPORAN AKHIR

DOE Sabah 28/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 3/2023 - DRAF LAPORAN AKHIR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/11/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

??? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 3/2023 - DRAF LAPORAN AKHIR ???? Tarikh: 21 Nov 2023 (Selasa) ???? Masa: 9.00 pg - 11.30 pg ?? Tempat: Di Pejabat masing - masing ( Online) ?????? Pengerusi: Tuan Vitalis J. Moduying* Wakil JAS : *PKK SNA ?? AGENDA MESYUARAT 1??? Pendahuluan Pengerusi 2???Pengesahan Minit Mesyuarat lalu 3???Perkara2 Berbangkit 4???Pembentangan Draf Laporan Akhir Kajian oleh DHI Water & Environment 5???Hal2 Lain ?? Ringkasan Laporan & Input Mesyuarat: 1???Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan Draf Laporan Akhir bagi Kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah oleh Perunding yang dilantik iaitu DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd. Kajian telah dimulakan pada 8 September 2022 dan akan berakhir pada bulan Februari 2024 2??? Kajian ini terbahagi kepada 2 kluster iaitu ?? Mabul kluster - terdiri dari Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Si Amil, Pulau Danawan dan Pulau Ligitan ??Pom - Pom Kluster - Pulau Pom-Pom, Pulau Kulapuan, Pulau Mataking Besar, Pulau Mataking Kecil, Pulau Pandanan, Pulau Boheyan, Pulau Timba-Timba. 3??? Terdapat 2 isu berkaitan dengan JAS yang yang dibangkitkan dalam draf Laporan Akhir ini iaitu: ??Pihak Consultant mencadangkan JAS perlu membuat pemantauan bagi bagi kualiti air marin di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai sekurang - kurangnya 4 kali setahun. ??Isu pelepasan kumbahan dari resort di Pulau-pulau pelancongan di Mabul Kluster dan Pom-pom Kluster 4??? Wakil JAS memaklumkan: ?? Pemantauan kualiti air marin bagi Pulau Mabul dan Pulau Kapalai telah termasuk dalam EQMP dan dengan frekuensi 6x setahun ??Setakat ini tiada penguatkuasaan JAS Cawangan Tawau yang dijalankan bagi resort-resort di Pulau di Semporna. Perkara ini akan dibincangkan dengan Pengurusan JAS Sabah keperluan untuk memasukkan dalam Program Penguatkuasaan Tahunan 5??? Pihak Urusetia memaklumkan satu lagi Focus Group Discussion akan diadakan pada 9 Januari 2024 Sekian dimaklumkan JAS CAWANGAN TAWAU

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan