Penerangan
??? MESYUARAT & PEMBENTANGAN STATUS PROJEK KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH OLEH PTTEP ????
?? Tarikh: 21 November 2023 (Selasa)
? Masa: 2.30 - 4.00 Petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah
????????? Pengerusi: Tuan TP/KPP(P) AHM
??????? Kehadiran Bersama: PP(K) MAA & PP(K) FM
???????????????? Kehadiran PTTEP: Tiga (3) Orang
?? Ringkasan Mesyuarat & Pembentangan:
?? Tujuan mesyuarat adalah untuk membentangkan:
1??? Kemaskini Status Program Pengawasan Pasca-EIA (Post-EIA Monitoring) bagi tahun 2023 untuk Projek Pembangunan Medan Siakap North-Petai (SNP) dan Projek Pembangunan Medan Gas Blok H (Fasa 1) di Luar Pesisir Sabah.
2??? Cadangan Persampelan Garis Dasar Alam Sekitar (Environmental Baseline Survey) untuk Projek Pembangunan Medan Gas Permai, Blok H di Luar Pesisir Sabah.
?? Pihak PTTEP memaklumkan terdapat kelewatan kepada pelaksanaan persampelan untuk pemantauan alam sekitar yang akan menyebabkan kelewatan penghantaran laporan pemantauan alam sekitar (EMR) bagi tahun 2023. Hal ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak jururunding yang dilantik mematuhi spesifikasi vessel seperti dalam kontrak yang telah dipersetujui.
?? Dalam hal ini, pihak PTTEP memaklumkan akan mengambil tindakan-tindakan lanjut berhubung perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat seperti berikut:
1??? Memastikan program persampelan kualiti alam sekitar pasca-EIA dilaksanakan seperti mana yang telah dijadualkan bermula pada bulan Nov- Dis 2023.
2??? Menyegerakan aktiviti analisa makmal dan analisa lain yang berkaitan oleh pihak Jururunding yang dilantik dan memastikan penyediaan pelaporan disediakan dengan segera.
3??? Pelaporan EMR bagi tahun 2023 akan dikemukan seberapa segera kepada pihak JAS Sabah iaitu sebelum penghujung Q1 2024.
4??? Bagi persampelan garis dasar bagi cadangan Pembangunan Medan Gas Permai, kedudukan lokasi adalah seperti mana 4 lokasi yang dicadangkan iaitu di concentric 1km radius dari drill centre manakala tiada keperluan bagi 4 lokasi concentric dalam radius 0.5km memandangkan isu-isu keselamatan dan integriti kemudahan dasar laut pada masa akan datang.
5??? Pengemukaan Laporan EIA bagi cadangan Pembangunan Medan Gas Permai akan dikemukakan kepada pihak Jabatan pada Q2 2024 nanti.
??JAS Sabah mengambil maklum mengenai status dan tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan oleh pihak PTTEP.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan