PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

SESI PERBINCANGAN BAGI PENYERAGAMAN KAEDAH PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) PENTADBIRAN BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN PASIR DI KAWASAN PELANTAR BENUA BERSAMA JAS NEGERI

Adzhar 28/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERBINCANGAN BAGI PENYERAGAMAN KAEDAH PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) PENTADBIRAN BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN PASIR DI KAWASAN PELANTAR BENUA BERSAMA JAS NEGERI
Tahun
2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

?? SESI PERBINCANGAN BAGI PENYERAGAMAN KAEDAH PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) PENTADBIRAN BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN PASIR DI KAWASAN PELANTAR BENUA BERSAMA JAS NEGERI ??? ?? Tarikh: 21 November 2023 (Selasa) ??? Masa: 9.30 - 11.30 Pagi ??? Tempat: Secara Hybrid (Bilik Mesyuarat Kenanga, JAS Ibu Pejabat & Google Meet) ????? Pengerusi: YBrs. Puan Pengarah Bahagian Penilaian ?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 25 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat, dan JAS Negeri ?? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) MAA & PP(K) FM ?? Ringkasan Sesi Perbincangan: 1??? Perlombongan pasir merupakan salah satu aktiviti yang tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 8(c) seperti mana yang dinyatakan dalam Perintah EIA 2015. 2??? Walau bagaimanapun, setelah JAS Ibu Pejabat membuat semakan, didapati Perintah EIA 2015 tidak terpakai di pelantar benua selagi mana tiada perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan subseksyen 42(1) Akta Zon Ekonomi Eksklusif [Akta 311] yang membolehkan mana-mana undang bertulis terpakai di kawasan pelantar benua dan kawasan zon ekonomi eksklusif. 3??? Susulan daripada penemuan ini, JAS Ibu Pejabat telah memaklumkan kepada Jawatankuasa “One Stop Centre?? Permohonan Lesen Bagi Aktiviti Di Kawasan Pelantar Benua Di Bawah Akta Pelantar Benua, 1966 Bil 6/2023 dan mesyuarat telah bersetuju untuk mengekalkan keperluan penyediaan laporan EIA bagi permohonan pengorekan pasir di pelantar benua. 4??? Bagi memenuhi keperluan ini, arahan penyediaan Laporan EIA akan diberikan kepada pemohon lesen menggunakan kuasa Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966 termasuk perlombongan pasir di pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak. Laporan EIA ini akan diproses oleh JAS Negeri secara pentadbiran. 5??? Sesi Perbincangan bersama JAS Negeri ini diadakan untuk membincangkan kaedah pemprosesan Laporan EIA pentadbiran bagi projek perlombongan pasir pelantar benua untuk dijadikan panduan kepada Pegawai Proses di JAS Negeri yang mana akan dikeluarkan dalam bentuk Arahan Pejabat. 6??? Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan format senarai semak Laporan EIA dan format surat maklumbalas untuk diselaraskan dan digunapakai oleh JAS Negeri. JAS Negeri masih dialu-alukan memberikan komen bertulis dalam tempoh seminggu selepas sesi perbincangan. Sekian untuk makluman. Unit EIA & Input Pembangunan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan