PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2023

DOE Sabah 28/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/11/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?????????????? Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2023 16 November 2023, KOTA KINABALU - Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah telah diadakan di Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan dan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Sumber Air Negeri Sabah (MSANg), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan. ????? En Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah telah hadir ke mesyuarat ini. Pengerusi Majlis Sumber Air Negeri Sabah (MSANg), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata pada dasarnya majlis itu bersetuju dan menyokong supaya diadakan dasar air negara seperti yang dicadangkan dalam perbincangan penggubalan dasar Air Negara baru-baru ini. Antara ketetapan semasa mesyuarat ini adalah seperti berikut:- No.1??? - Kerajaan Negeri mengaktifkan Majlis Sumber Air Negeri Sabah dengan pelantikan Pengarah & AJK Majlis. No.2??? - Impak perubahan iklim ke atas sumber air antara fokus Majlis No 3??? - Kerajaan Negeri Sabah pada dasarnya menyokong cadangan Dasar Sumber Air Negara berpandu MA63 dan hak-hak Sabah mengenai sumber air. No 4??? - Kerajaan Negeri Sabah sedang menggubal Dasar Sumber Air Negeri No. 5??? - Majlis turut membincangkan penyelarasan undang-undang mengenai isu air No. 6??? - Majlis juga akan melihat isu pengurusan air jangkamasa pendek & panjang berpandu Enakmen Sumber Air Negeri yang boleh mendatangkan hasil kepada Negeri Sabah, cth. pelesenan penggunaan air No 7??? - JAS Sabah adalah ahli kepada Majlis ini. Menurut DSP Dr Jeffrey G. Kitingan, kehadiran wakil-wakil daripada semua jabatan termasuklah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Sabah, adalah disebabkan kesedaran tentang impak perubahan iklim ke atas sumber-sumber air. #majlissumberairnegara

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan