- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE & RECOVERY FACILITY ON PART OF LOT 41, LOTS 42 AND 42A OF PALM OIL INDUSTRIAL CLUSTER (POIC) PHASE 3A, DISTRICT OF LAHAD DATU, SABAH??
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 28/11/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
??? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE & RECOVERY FACILITY ON PART OF LOT 41, LOTS 42 AND 42A OF PALM OIL INDUSTRIAL CLUSTER (POIC) PHASE 3A, DISTRICT OF LAHAD DATU, SABAH?? ????
?? Tarikh: 17 November 2023 (Jumaat)
? Masa: 9.00 - 11.40 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan
????????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah
?????????????? Kehadiran Bersama: PP(K) MAA, KC SNA, PP(K) SJ, PP(K) FM, PPK(K) MP & PJ RLSK
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1??? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal oleh seramai 25 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2??? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Legenda Bumimas (Lahad Datu) Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, Chemsain (SB) Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembinaan kemudahan loji pemerolehan kembali buangan terjadual (BT) luar tapak, kemudahan penstoran BT dan pengolahan efluen luar tapak.
3??? Sebanyak 55 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan bertulis daripada JAS Sabah.
4??? Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Laporan EIA ini perlu dikemaskini dengan mengambilkira semua ulasan Jabatan dan Agensi serta perkara-perkara yang telah dibincangkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
5??? Penggerak Projek dan Jururunding EIA adalah dikehendaki untuk mengemukakan Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA Report) yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 30 November 2023 untuk penilaian lanjut.