PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT DI PEKAN NANAS , JOHOR.

DOE Johor 28/11/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT DI PEKAN NANAS , JOHOR.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

27 Nov 2023 , PEKAN NANAS , JOHOR - Unit Penguatkuasaan Negeri Johor (JB BARAT) telah menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah Kilang Sawit di Mukim Pekan Nanas, Johor. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketidakpatuhan syarat lesen di kawasan kolam effluent sawit. Pihak kilang sawit telah diarah untuk memberhentikan operasi kilang serta merta dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dilakukan oleh pihak jabatan. Pihak Jas Johor telah mengarahkan pihak premis menjalankan aktiviti penambahkaikan dengan kadar segera sebelum penceramaran terus berlaku. Pemain industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan