26 Nov 2023, Iskandar Puteri, Johor :
Satu sesi town hall anjuran MBIP bersama pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan wakil penduduk Taman Nusa Bayu , Taman Nusa Perintis dan wakil pengilang di kawasan perindustrian SOUTHERN INDUSTRIAL LOGISTIC CLUSTER (SiLC) telah diadakan di Bilik Auditorium Aras 1, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri jam 8.30 pagi.
Wakil dari JAS Johor yang menghadiri program ini ialah Puan Zalina Abdullah , Ketua Unit Johor Bahru Barat (JB Barat) , Miss Chong Cheay Yein , Ketua Unit Johor Bahru Tengah (JB Tengah) serta pegawai-pegawai dari unit penguatkuasaan.
Aturcara sesi town hall termasuk Ucapan Aluan Yang Dihormati Pn Hajah Khasanah Binti Sufa’at@Supaat, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, pembentangan oleh wakil pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor , ucapan dari ahli majlis Kota Iskandar, Tuan Haji Yusof bin Ahmad, serta sesi dialog bersama pihak premis & komuniti. Matlamat utama sesi town hall adalah untuk memberikan pendedahan kepada pihak penduduk & premis mengenai perundangan berkaitan Alam Sekitar agar sentiasa cakna terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.