Penerangan
22 NOVEMBER 2023, PASIR GUDANG – Sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah diadakan di Pejabat Cawangan Pasir Gudang. Delegasi JPA diketuai oleh YBrs. En. Mohd Shahren bin Ahmad Saman, Timbalan Pengarah dan YBrs. Dr. Norwan bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Perjawatan dan Organisasi). Hadir sama Encik Mohanraj A/L Govindaraju, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) NRECC dan Puan Ani Fazliana bt Dato' Dahri, Pengarah Bahagian Pentadbiran, JAS Ibu Pejabat. Turut hadir, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah JAS Johor dan pegawai-pegawai kanan.
Pihak JPA dan NRECC berkesempatan meninjau industri di kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Pelabuhan Johor serta melihat dengan lebih dekat kerja-kerja penguatkuasaan JAS di lapangan.
JAS Cawangan Pasir Gudang telah ditubuhkan pada Ogos 2019 susulan kes pencemaran Sungai Kim Kim dengan kekuatan pegawai seramai 7 orang. Kewujudan JAS Cawangan Pasir Gudang penting bagi tindakan penguatkuasaan lebih cepat, cekap dan berkesan, selain bilangan punca pencemaran dan bilangan kes aduan pencemaran alam sekitar yang tinggi di Pasir Gudang.