Penerangan
18 NOVEMBER 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri dan menerima sijil penghargaan dalam penglibatan program MURNINet dalam Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2023 Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis. Turut hadir sama YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Tuan Haji Hassan bin Yaakob, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), YBrs. Puan Haslina binti Chan@Hassan, Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Sijil penghargaan tersebut telah diterima oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Encik Jamal Affendy Bin Shahar sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan Jabatan ini dalam pembangunan sistem MURNInet yang diterajui oleh PLANMalaysia.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis dan PLANMalaysia Negeri Perlis di atas penghargaan tersebut dan menzahirkan komitmen untuk meneruskan kerjasama ini demi pembangunan Negeri Perlis yang lestari.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_november2023