Penerangan
LABUAN, 21 Nov - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Alam Sekitar WP Labuan telah menjalin kerjasama membuat operasi rondaan dan pemantauan di sekitar perairan WP Labuan.
Operasi yang bermula jam 8.00 pagi telah dimulakan dengan taklimat operasi oleh Tuan MAD ROSIDI BIN ABU BAKAR pegawai APMM dari Bintara Pusop (Pusat Operasi) sebelum rondaan bermula.
Dalam operasi ini, tiga kapal telah diperiksa iaitu Kapal Dolpin 1, ASB Marine 3 dan Kapal Keyfield Grace. Pemeriksaan JAS ditumpukan kepada rekod pelupusan BT, rekod-rekod aktiviti di 'Ballast Tank', 'Bilge Holding Tank' dan 'Dirty Oil Tank'. Pemeriksaan juga dibuat pada fizikal tangki itu sendiri di ruangan enjin.
Rondaan sekitar perairan kawasan perindustrian Pulau Enoe dan jeti-jeti berhampiran juga turut dibuat.
Operasi ini telah diwakili oleh PPKK Siti Radheyah binti Md Shahrin dan PJ Junaidi bin Alan dari JAS WP Labuan dan 6 anggota dari APMM Cawangan Labuan.
Jabatan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih kepada APMM Cawangan Labuan kerana sudi berkerjasama dalam operasi ini. Dengan penganjuran program seperti ini, dapat mengeratkan lagi hubungan sesama agensi dan dapat bersama menjaga kelestarian alam sekeliling.
Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama"
Sekian dan terima kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan