PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM RAKAN MUDA 3R@COMMUNITY PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

DOE WP Labuan 25/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM RAKAN MUDA 3R@COMMUNITY PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 15 NOVEMBER 2023 (RABU) TEMPAT: DEWAN SMK MUTIARA KEHADIRAN: PPK MMA, MYSTEP NAA 18 NOV 2023- Program Rakan Muda 3R@Community Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Jemputan program adalah daripada Jabatan Belia Sukan Labuan untuk pelajar-pelajar SMK Mutiara. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar program berkaitan mesra alam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah yang bertajuk Budaya Kitar Semula SMK Mutiara. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Muniff Adha bin Asnawi daripada Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Labuan. Selain itu, pertunjukan fesyen daripada bahan kitar semula turut dijalankan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar yang terlibat sejak beberapa minggu sebelum program berlangsung. Oleh yang demikian, jabatan menyokong sebarang program atau aktiviti yang mendorong ke arah kelestarian alam sekitar khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan