PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI PERBINCANGAN BAGI PENYERAGAMAN KAEDAH PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) PENTADBIRAN BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN PASIR DI KAWASAN PELANTAR BENUA BERSAMA JAS NEGERI

DOE WP Labuan 25/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERBINCANGAN BAGI PENYERAGAMAN KAEDAH PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) PENTADBIRAN BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN PASIR DI KAWASAN PELANTAR BENUA BERSAMA JAS NEGERI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 21 NOVEMBER 2023 (SELASA) Masa: 9.30 pagi hingga 12.00 thgri Tempat: JAS Ibu Pejabat, Putrajaya (Google Meet) Nama staf : PK NAM 21 NOVEMBER 2023 – Satu sesi perbincangan telah diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan online yang membincangkan perkara berkaitan laporan EIA untuk Aktiviti Perlombongan Pasir. Dalam sesi ini menetapkan pelarasan bahawa JAS Negeri perlu membuat semakan sama ada aktiviti perlombongan pasir/pasir silika ‘tertakluk’ kepada Perintah EIA 2015 bagi Jadual Pertama, Aktiviti 8 (c), atau Jadual Kedua, Aktiviti 8(b) jika terdapat keperluan untuk cadangan projek perlombongan pasir di pelantar benua. Sekiranya tertakluk, JAS Negeri perlu memaklumkan kepada JKPTG keperluan penyediaan kajian EIA berdasarkan punca kuasa Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966 (bukannya di bawah Perintah EIA 2015). Dalam sesi ini turut membincangkan bahawa piagam pelanggan untuk pemprosesan EIA bagi cadangan projek perlombongan pasir di pelantar benua adalah 15 hari bekerja dan pihak JAS akan mengeluarkan Surat Perakuan Semakan Laporan EIA dan bukan Surat Kelulusan EIA seperti sebelum ini. Surat Perakuan akan dihantar kepada 2 pihak iaitu kepada Pihak Penggerak Projek dan JKPTG. Pihak Penggerak Projek perlu menghantar Laporan EIA dengan merujuk kepada senarai semak Environmental Impact Assessment (EIA) Checklist Sand Mining in Continental Shelf under Continental Shelf Act 1966. Arahan Pejabat akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Putrajaya untuk edaran pada masa akan datang. Sekian dan terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan