PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB)

DOE WP Labuan 25/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

LABUAN, 15 Okt - Perbadanan Labuan telah menganjurkan sebuah program kemasyarakatan yang mengetengahkan elemen kesejahteraan dan keharmonian komuniti bandar di Taman Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda serta kampung disekitarnya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Mohd Ismail, PKKB mengukuhkan modal insan yang lebih mampan melalui pelaksanaan program-program komuniti bandar di seluruh negara. Semasa program dijalankan, terdapat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik yang berjaya mengumpul seberat 291kg keseluruhan. Jabatan Alam Sekitar mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program sebegini. Dengan penganjuran program ini, dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan selain mendokong aspirasi kearah pembangunan mampan terutamanya dari segi kelestarian alam sekeliling. Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" Sekian dan terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan     Labuan https://www.facebook.com/100063941384547/posts/pfbid02Go5Ami41FKZ3EySVAyH49jm1HES2WyWBZToYR7LuqdRV9dYpvdGDRYRMUDBnt9etl/

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan