Penerangan
09 November 2023, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bunyi Bising Kenderaan Motosikal di Balai Trafik Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai lapan pegawai dari JASWPKL. Penguatkuasaan dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan 32 ujian visual, 22 ujian bunyi bising dan mengeluarkan sebanyak 15 kompaun dan 20 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974. Jika disabitkan kesalahan maka boleh dikompaun dibawah Peraturan 4 (2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, AKAS 1974, iaitu sebanyak RM300.00.