Penerangan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 November 2023 – Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur (JASWPKL) sentiasa menjalankan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka dan melakukan siasatan terhadap aduan pembakaran terbuka.
JASWPKL juga telah meningkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan secara fizikal dan menggunakan peralatan dron di kawasan yang berisiko mengalami kebakaran serta menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima.
Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu. Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.