PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN SYARAT EIA KE ATAS TAPAK PROJEK DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS

DOE Pahang 21/11/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN SYARAT EIA KE ATAS TAPAK PROJEK DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/11/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

CAMERON HIGHLANDS, 8 November 2023 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan lawatan tapak EIA terhadap projek pembangunan di Mukim Ringlet, Daerah Cameron Highlands, Pahang yang turut dihadiri oleh pihak penggerak projek dan perunding. Tujuan lawatan adalah bagi memastikan penggerak projek mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan peraturan-peraturan berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan Field Citation diberikan kepada penggerak projek bagi melaksanakan tindakan pembaikan dan penyelenggaraan dilakukan dengan segera. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan