Penerangan
????????????????????????????
Program Kesedaran Alam Sekitar Sungai Telipok
16 November 2023 - JPAS & KKIP sebagai penganjur utama dengan kerjasama JAS Sabah, Jab Hidupan Liar, Jab Pengairan & Saliran serta F&N telah berjaya mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar Sungai Telipok yang bermula seawal ??? 7.30 pagi bertempat di Rezab Sungai Telipok, V12, Kota Kinabalu Industrial Park
Program yang melibatkan 70 peserta ini adalah terdiri daripada pihak industri dan juga Ketua Kampung berhampiran
Aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program kolaborasi ini adalah seperti berikut:-
?? Taklimat daripada JPAS, JPS, JAS & JHL
????? Tinjauan komuniti berkaitan alam sekitar
???? Penghasilan lilin daripada minyak masak terpakai
?? Demo & Taklimat Pengawasan Air Sungai secara in-situ
?? Penanaman 30 Pokok Kelapa Pandan
??? Pelepasan 1000 anak ikan tilapia ke Sungai Telipok
Setelah PP Joannes menyampaikan taklimat bertajuk 'Amalan Baik Dalam Pengurusan Alam Sekitar Di Perindustrian', KKIP Investor Council & Vice CEO KKIP telah bercadang untuk mengadakan satu sesi taklimat kepada semua industri di kawasan KKIP dan menjemput JAS Sabah bagi perkongsian AKAS 1974 dan juga perkongsian Amalan Baik oleh pihak Industri
Program ini telah dihadiri oleh KPP Amir Hamzah mewakili Pengarah JAS Sabah, PP(K) Chai, PP Joannes, PPK AJ, PPK Aidil (turut bantu sebagai Pembaca Doa Majlis) & Inten Mary.
Sekian