Penerangan
??PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI PEMATUHAN TERKINI KILANG-KILANG KELAPA SAWIT DIBAWAH KWANTAS OIL SDN. BHD. (KOSB) TERHADAP AKAS 1974???
?? TARIKH : 10 November 2023 (Jumaat)
?MASA : 09.00 pagi - 11.00 pagi
??TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sipadan JAS Negeri Sabah
??????? WAKIL JAS SABAH : Tuan (Pengarah), TP/ KPP(P)(AHM), PP(K)(ALI), PP(K)(SJ), PPKK(SJ) & PJ(ZS)
??????WAKIL KOSB:
1??? En. Robin Kwan - Pengarah Urusan KOSB
2??? En. Perumal Rajoo - Pengurus HPOM
3??? En. Sufian Yusop - Pengurus MPOM
4??? En. Supardi Sanang - PPOM
5??? En. Nizulfika Kassim - Jurutera
Perkara-Perkara Yang Ingin Dimaklumkan:
1??? Sesi pembentangan dan perbincangan ini diadakan susulan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh JAS Cawangan Sandakan terhadap Haranky Palm Oil Mill (HPOM), Mewah Palm Oil Mill (MPOM) dan Pintasan Palm Oil Mill (PPOM).
2??? Perbincangan ini juga bertujuan menerangkan kepada pengurusan JAS Negeri Sabah tentang tindakan terkini yang telah diambil oleh setiap kilang dibawah KOSB terhadap pematuhan AKAS 1974.
3??? Wakil HPOM memaklumkan bahawa KOSB diperingkat pemilihan jururunding bagi tujuan pemilihan Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU)-Primasonic/ Scrubber untuk mematuhi PUB 2014.
4??? Wakil MPOM memaklumkan bahawa permohonan menyimpan BT kod SW110 lebih 180 hari dikemukakan kerana kesukaran melupuskannya oleh kontraktor yang telah dilantik.
5??? Wakil PPOM memaklumkan bahawa permohonan desludging yang telah dikemukakan kepada JAS Cawangan Sandakan memerlukan maklumat tambahan iaitu peta topografi dan keperluan tersebut mandatori.
6??? Wakil KOSB memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan komitmen tinggi terhadap pematuhan terhadap AKAS 1974 bagi kilang-kilang dibawahnya.
7??? Jabatan mengarahkan setiap KKS dibawah KOSB mengemukakan Gantt Chart tindakan pembetulan yang sedang dilaksanakan untuk tujuan pemantauan.
8??? Jabatan menyatakan bahawa sebagai menunjukkan komitmen KOSB terhadap pematuhan PUB 2014, notifikasi SKPU perlulah dikemukakan kepada Jabatan terlebih dahulu.
9??? Pihak KOSB turut dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan major atau pertambahan kepada susunatur kilang, pindahan KB perlu dimohon terlebih dahulu sebelum lesen untuk kelulusan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Disediakan oleh : Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sandakan
Tarikh : 10 November 2023