Penerangan
SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN HANDS-ON SISTEM MYPREMIS UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN NEGERI SABAH (JPPS)
???? Tarikh : 9 November 2023
????? Masa : 2.30 petang– 4.00 petang
?? Tempat : Bilik Sipadan, JAS Negeri Sabah
Unit Penguatkuasaan EIA (PP(K) Mardianah, PPP(K) Richard dan PJ Mohd Firdaus) telah mengendalikan sesi taklimat dan latihan ini yang khas diadakan untuk wakil JPPS iaitu En. Azizzami Raidan yang juga merupakan pegawai yang akan memastikan semua Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di seluruh negeri Sabah iaitu sebanyak 17 buah LRK yang mempunyai kelulusan EIA daripada 300 lebih buah LRK mendaftar dan mengemaskini maklumat di dalam MyPremis.
Unit Penguatkuasaan EIA akan memantau pendaftaran dan pengemaskinian ini dalam sistem MyPremis dan akan membantu Unit Aduan dan LRK termasuk cawangan bagi tujuan tersebut.
Turut hadir hadir semasa taklimat ialah PP(K) Norhazwan dan PPK Aidil.