PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAN MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 15/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAN MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
15/11/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

9 November 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan perhimpunan bulanan dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah  (IBR) bersama SPRM Negeri Selangor. Perhimpunan bulanan dimulakan dengan ucapan amanat daripada Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor kepada semua pegawai JAS. Program diteruskan dengan ceramah bertajuk “Bebas Rasuah?? yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Muhamad Firdaus Bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor Seterusnya Lafaz (IBR) oleh pegawai-pegawai JAS Selangor telah diketuai oleh Puan Nor Aziah binti Jaafar dan disaksikan oleh YBrs. TPj Dato’ Haji Alias SalimPengarah SPRM Negeri Selangor. Untuk rekod, lafaz IBR pertama kali telah dilaksanakan di JAS Negeri Selangor pada tahun 2018 dan selepas lima (5) tahun, pada 9 November 2023, sekali lagi JAS Selangor menzahirkan komitmen yang sama dan meneruskan iltizam membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa selaras dengan tindakan-tindakan yang digariskan dalam Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAS, 2020 - 2024.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan