Penerangan
9 November 2023, UPM Serdang - JASWPKL dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JASWPKL (KASKUL) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem ESWIS bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA selaku Ketua Penolong Pengarah JASWPKL dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri dari pelbagai sektor antaranya dari industri pembuatan, bengkel kenderaan, perkhidmatan kesihatan, premis yang ditetapkan (PYDT) dan kontraktor pembinaan.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberikan latihan kepada pihak industri dalam meningkatkan kemahiran dan penggunaan aplikasi ESWIS khususnya dalam pengurusan buangan terjadual selari ke arah pelaksanaan Guided Self-Regulation (GSR). Selain itu, program ini merupakan satu platform kompetensi berterusan untuk Orang Yang Berwibawa (OYB) yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar dalam pengurusan buangan terjadual sepertimana kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS 1974).