PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT LIBAT URUS ANTARA SPAN BERSAMA AGENSI DAN LAWATAN KERJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERHUBUNG ISU PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DAN PEMBENTUNGAN

DOE WP Labuan 14/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT LIBAT URUS ANTARA SPAN BERSAMA AGENSI DAN LAWATAN KERJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERHUBUNG ISU PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DAN PEMBENTUNGAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
14/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 08-09 November 2023 Tempat: Bilik Grand Borneo, Grand Dorsett Hotel, W. P. Labuan Agensi Terlibat: SPAN, JAS, BBAL, IWK Wakil JAS Labuan: Pengarah, PPKK Dya, PJ JA Pada 08 November 2023, Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan oleh Pengarah SPAN dan pengesahan minit mesyuarat terdahulu diikuti dengan pembentangan KPI, projek2 CAPEX dan henti tugas oleh BBAL. Pembentangan seterusnya oleh pihak IWK mengenai status operasi mereka sepanjang tahun 2023. Pembentangan seterusnya oleh JAS Labuan yang mengupas isu-isu berhubung ketidakpatuhan loji-loji kumbahan di WP Labuan dan perkongsian data kualiti air marin yang diambil dari 7 stesen di sekeliling Labuan. Pembentangan dari JAS Labuan telah disampaikan oleh En Junaidi Bin Alan. Program bersambung dengan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Sungai Pagar dan Loji Kumbahan LAN001 di Jalan Rancha-Rancha. Pada 09 November 2023, SPAN bersama agensi jemputan (JAS dan IWK) membuat lawatan pemeriksaan pada beberapa loji kumbahan persendirian yang terpilih. Lokasi loji-loji tersebut adalah Baker Hughes, Kuarters Telekom Layang-Layangan, Taman Perumahan IOFC dan Labuan International School. Wakil JAS Labuan yang hadir bersama pada lawatan pemeriksaan ini adalah PPKK Siti Radheyah binti Md. Shahrin dan PJ Junaidi bin Alan. Jabatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SPAN kerana julung-julung kalinya menjemput JAS untuk duduk bersama dalam mesyuarat libat urus ini dan akan terus bekerjasama dari masa ke masa demi memastikan pelepasan kumbahan dan kualiti air di Labuan berada pada tahap yang baik. Sekian, terima kasih. #JASWPLABUAN #JASMALAYSIA #ALAMSEKITARTANGGUNGJAWABBERSAMA