PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN

DOE Sabah 14/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
14/11/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>Tawau

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN TARIKH : 6.11.2023 (Isnin) MASA : 7:30AM - 6:30PM PEGAWAI PERONDA : PPKK KR, PPKK SJ & PJ SAK KAW. RONDAAN: Rondaan Darat : a. Batu 7 - Batu 32 Jalan Labuk - Segaliud - Kampung Paris 2 - Tawau TUGAS: 1. Susul siasatan aduan pencemaran Sungai Takala, disyaki dari pelepasan efluen KKS Abedon yang diterima daripada DO Kinabatangan. Aduan di terima (4/11/23) melalui saluran media (whatsapp) DO Kinabatangan yang memanjangkan aduan (3/11/23) daripada penduduk Kampung Paris 2 berhubung pencemaran Sungai Takala yg di syaki berpunca dari KKS Abedon yg mula berlaku pada khamis lalu 2.11.2023 lalu. 3. Rondaan OMPT PENEMUAN: 1. Siasatan awal memantau dan memeriksa semula Sungai Takala berhampiran beberapa rumah penduduk kampung Paris 2 mendapati keadaan fizikal air Sungai Takala bersih dan tidak ada penemuan hidupan akuatik yg mati. 2. Kemudian pasukan Penyiasatan melakukan pemeriksaan di Sungai Takala yg berada di sempadan antara hilir sungai KKS Abedon dan juga rumah penduduk & masjid kampung paris 2 dan didapati keadaan fizikal air sungai tersebut baik dan tiada hidupan akuatik yg mati. Persampelan dilakukan utk tujuan memantau kualiti air sungai terkini. 3. Siasatan diteruskan di kks Abedon dan mendapati :- 3.1 Terdapat limpahan efluen dari komponen trenches sistem pengairan tanah mengalir ke alur ladang dan berpotensi mengalir terus ke Sungai Takala jika tidak dibendung . 3.2 Terdapat limpahan efluen dari kolam Aerobik no. 3 dan no. 4 disebabkan paras efluen yg tinggi dan dipenuhi oleh mendakan pepejal enap cemar . 3.3 Kedudukan alur air (anak sungai Takala) hanya berjarak 200meter dari kawasan pelupusan efluen Pengairan Tanah. 3.4 Pihak kks telah memberhentikan operasi loji kompos atas alasan tidak ekonomik. RONDAAN OMPT 1. Tiada PT dikesan semasa rondaan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. Arahan melalui FC dikeluarkan seperti berikut :- 1.1 Mengambil tindakan serta merta menutup aliran limpahan efluen dari sistem Pengairan Tanah dan aliran limpahan elfuen dari kolam Aerobik no 3 & no. 4. 1.2 Arahan melaksanakan penyelenggaraan kolam pengolahan efluen dengan menjalankan penyingkiran enap cemar, mengukuhkan setiap tebing kolam tersebut serta memastikan freeboard melebihi 0.5 meter. 1.3 Arahan menyelenggara semua komponen trenches sistem pengairan tanah. 1.4 Membina sistem Pengairan Tanah di kawasan baharu yg berjauhan dari Sungai Takala kerana Sungai Takala telah diisytiharkan oleh pihak Majlis Daerah Kinabatangan sebagai 'Kawasan Tagal'. 1.5 Arahan mengemukakan KB baharu bagi pembinaan Sistem Pengairan Tanah di kawasan baharu dan pemberhentian operasi loji kompos. 2. Dengan ini disyorkan POK bagi pihak kilang mengambil tindakan berikut : 2.1 Menghentikan sebarang penambahan isipadu efluen memasuki kolam pengolahan efluen yg terhasil dari pemprosesan kilang agar pengaliran limpahan efluen tidak berlaku. 2.2 Melaksanakan segera tindakan pembaikan yg diarahkan melalui FC di atas. CATATAN: 1. Siasatan dilapangan turut menggunakan alat pemantau Drone. 2. Persampelan turut dilaksanakan di lokasi limpahan efluen berlaku dan di Takat Pelepasan. Cuaca : Cerah