Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 4.11.2023 (Sabtu)
MASA : 9:00AM - 9:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PPKK KR, PPKK SJ & PJ ZP
KAW. RONDAAN:
Rondaan Darat :
a. Batu 7 - Batu 32 Jalan Labuk - Segaliud - Kampung Paris 2 - Sandakan
TUGAS:
1. Siasatan aduan pencemaran Sungai Takala, disyaki dari pelepasan efluen KKS Abedon yang diterima daripada DO Kinabatangan.
Aduan di terima (4/11/23) melalui saluran media (whatsapp) DO Kinabatangan yang memanjangkan aduan (3/11/23) daripada penduduk Kampung Paris 2 berhubung pencemaran Sungai Takala yg di syaki berpunca dari KKS Abedon yg mula berlaku pada khamis 2.11.2023 lalu.
3. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
1. Siasatan awal ke Sungai Takala berhampiran beberapa rumah penduduk kampung Paris 2 mendapati keadaan fizikal air Sungai Takala bersih dan tidak ada penemuan hidupan akuatik yg mati.
2. Kemudian pasukan Penyiasatan melakukan pemeriksaan lanjut di Sungai Takala yg berada di hilir KKS Abedon dan juga terdapat rumah penduduk dan masjid kampung paris 2 dan didapati keadaan fizikal air sungai tersebut baik dan tiada hidupan akuatik yg mati.
3. Siasatan diteruskan di kks Abedon dan mendapati :-
3.1 Semua komponen sistem pengairan tanah tidak di selenggara dengan sewajarnya di mana kedalam 'trenches' yg cetek dan pembentukan mendapan pepejal enap cemar yg berpotensi menjejaskan kadar serapan tanah (absorption rate) seterusnya boleh mengakibatkan overflow terutama ketika musim hujan.
3.2 Tidak ada freeboard yg ketara bagi semua kawasan komponen trenches sistem pengairan tanah sebagai langkah kawalan daripada berlaku overflow terutama ketika musim hujan.
3.3 Terdapat 5 sektor kawasan pengairan tanah dan di dapati kawasan sektor ke5 telah tidak digunakan sepenuhnya kerana kerja-kerja replanting dan pembinaan terrace baharu, ini menyebabkan kapasiti keluasan pengairan tanah berkurangan dan keupayaan serapan terjejas.
3.4 Sistem pengairan tanah telah digunakan selama 5 tahun tanpa sebarang penyelenggaraan.
3.5 Kedudukan kawasan pengairan tanah agak berdekatan dengan alur air (anak sungai) yg mengalir ke Sungai Takala.
3.6 Terdapat kesan limpahan efluen dari trenches pengairan tanah ke alur air tersebut dan Pasukan Penyiasat tidak dapat menyusuri alur air tersebut kerana keadaan waktu semakin gelap (maghrib).
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. FC mengambil tindakan serta merta bagi perkara di atas.
2. Disyorkan siasatan dilanjutkan pada hari isnin bagi menyiasat secara terperinci kawasan-kawasan yg berpotensi berlaku aliran efluen ke alur air terutama setiap kawasan pelupusan elfuen pengairan tanah di sektor 1 hingga sektor 4 dan menyulusuri alur air yg terdapat kesan limpahan efluen dari trenches.
CATATAN:
1. Siasatan dilapangan turut menggunakan alat pemantau Drone.
2. Tindakan lanjut setelah siasatan lanjut dijalankan pada isnin 6.11.2023.
Cuaca :
Cerah