PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PERSEMPELAN AIR TANAH FREKUENSI 4/2023 OLEH JAS MELAKA

DOE Melaka 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSEMPELAN AIR TANAH FREKUENSI 4/2023 OLEH JAS MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

09 NOVEMBER  2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan  persempelan air tanah frekuensi 4 bagi tahun 2023.  Persempelan telah di jalankan pada 06 November 2023. Sebanyak 7 sampel diambil  bagi kategori Industri ini di Sungai Udang Melaka. Air tanah merupakan sumber air di bawah tanah yang terdapat pada retakan dan ruangan  dalam tanah, pasir dan batu. Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting. Air tanah juga terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi  menjejaskan kegunaan berfaedahnya. Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air bawah tanah kebangsaan telah  bermula pada akhir tahun 1997 oleh Jabatan Alam Sekitar. Pewujudan program rangkaian pengawasan air tanah adalah bagi mempertingkatkan  kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh. Disamping itu, ianya juga akan  meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat melalui langkah-langkah  proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah  melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat. Pembinaan stesen pengawasan air tanah adalah mengikut guna tanah spesifik.   #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan