PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

LATIHAN MINYAK (OSR) DAN LATIHAN HAZARD & NOXIOUS SUBSTANCE +S (HNS) 2023 JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM) W.P. LABUAN

DOE WP Labuan 09/11/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LATIHAN MINYAK (OSR) DAN LATIHAN HAZARD & NOXIOUS SUBSTANCE +S (HNS) 2023 JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM) W.P. LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

  Tarikh: 25-26 Oktober 2023 Tempat: Bilik Latihan, Tingkat 1, Bangunan Workshop, Jabatan Laut Labuan Pada 25 Oktober 2023, ceramah Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) telah disampaikan oleh PPKT Liana Johari dan PPKK Siti Radheyah binti Md. Shahrin kepada semua agensi yang terlibat dalam hari pertama Latihan. Ceramah ini disampaikan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada agensi kerajaan dan juga agensi swasta yang mempunyai kemudahan seperti Pelabuhan, terminal, depoh minyak, pelantar dan lain-lain instalasi marin di WP Labuan. Pada 26 Oktober 2023, latihan tumpahan minyak dijalankan di perairan Labuan berdekatan dengan Pulau Papan, Labuan. Latihan ini dihadiri oleh PPKK Siti Radheyah binti Md. Shahrin dan PPK Mohammad Man Sah bin Azman. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memastikan semua aset-aset bagi melawan tumpahan minyak ditahap yang optimum dan agensi yang terlibat langsung dengan tumpahan minyak boleh menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah dinyatakan di dalam MOSCoP. Jabatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Laut Malaysia WP Labuan dan agensi-agensi yang terlibat dalam latihan ini dan akan terus bekerjasama dengan kes-kes tumpahan minyak di labuan dan juga latihan yang bakal dijalankan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. #JASWPLABUAN #JASMALAYSIA #ALAMSEKITARTANGGUNGJAWABBERSAMA #KEARAHPULAUBEBASTUMPAHANMINYAK