PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

DOE WP Labuan 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

  6 NOVEMBER 2023 - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Labuan (JKKP) telah mengadakan lawatan audit terhadap Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bagi memastikan tahap kepatuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Negara Malaysia Bil UPTM 159/267/50 Klt 4 (46) bertarikh 20 Ogos 2004. Audit telah dilakukan dengan menyemak fail/dokumen berkaitan serta melakukan rondaan di sekitar pejabat JASWPL. Hasil dapatan,terdapat beberapa ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh JASWPL. Demi menjaga keselamatan dan kesihatan pegawai-pegawai di Jabatan ini, penambahbaikan tersebut akan segera dilakukan dan diterapkan dalam kerja seharian pegawai JASWPL. Sekian dimaklumkan. SELAMAT DAN SIHAT, TANGGUNGJAWAB BERSAMA ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan