PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

ENGLISH EMPOWERMENT AND ENVIRONMENTAL AWARENESS PROGRAM PETRONAS BE GREEN

DOE WP Labuan 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ENGLISH EMPOWERMENT AND ENVIRONMENTAL AWARENESS PROGRAM PETRONAS BE GREEN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

  TARIKH: 4-5 NOVEMBER 2023 TEMPAT: PALM BEACH RESORT & SPA LABUAN English Empowerment and Environmental Awareness Program Petronas Be Green merupakan program anjuran Sabah English Aspiration Society (SEAS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Labuan, Petronas Chemical Methanol Labuan dan Antara Steel Mills Sdn. Bhd sempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023. Program ini merupakan program memperkasakan Bahasa Inggeris di samping menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah di Labuan yang melibat lebih daripada 130 orang murid dan agensi-agensi luar dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti pocket talk, English Empowerment and Environment Awareness Program, pameran berkaitan alam sekitar, pocket talk, plogging, pertandingan pengumpulan household ewaste, konsultasi pematuhan penyaman udara dan pelepasan enjin petrol kenderaan bermotor, pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS), penanaman pokok dan upacara menandatangani MoU Rakan Strategik Alam Sekitar dan MoU Pengurusan Household E-waste di WP Labuan. Di samping itu,sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya dilaksanakan pada 5 November 2023, bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Rithuan Bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan. Sambutan HASN bertujuan untuk mempromosi dan memupuk kesedaran alam sekitar serta meningkatkan komitmen dan tanggungjawab masyarakat di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping mengiktiraf mereka yang telah memberi sumbangan signifikan terhadap usaha tersebut. Akhir sekali, Jabatan Alam Sekitar mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan diharapkan kerjasama akan terus terjalin pada program yang akan dijalankan pada masa hadapan. Terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan