Penerangan
TARIKH: 03 NOVEMBER 2023 (JUMAAT)
MASA DAN TEMPAT: 10.30 PAGI (BILIK MESYUARAT PEJABAT TANAH DAN GALIAN, WP LABUAN)
Nama staf: PK NAMYD
03 NOVEMBER 2023- Satu mesyuarat permohonan permit bahan batuan pasir laut di perairan Pulau Daat untuk kegunaan menimbus di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah telah diadakan yang mana pihak pemohon atau pengerak projek daripada CY Lau Transport telah membentangkan secara ringkas skop kerja dan tujuan permohonan. Pihak JAS telah memberi ulasan mengenai projek ini melibatkan keperluan penyediaan Laporan EIA (Enviromental Impact Assessment) yang perlu disediakan oleh pihak Pengerak Projek jika ingin memohon permit projek ini. Beberapa pihak agensi kerajaan termasuk Jabatan Laut (JL), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan turut memberi ulasan untuk keperluan berkaitan melibatkan kajian hidraulik dan kaedah aktiviti pengorekan bagi projek ini. Selain itu, pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) meminta supaya pihak pengerak projek memberi anggaran atau nilai sebenar bagi sesuatu data yang dibentangkan dinyatakan dengan jelas dan tepat dimana pihak pengerak projek perlu merujuk kepada agensi-agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan