PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

ECO RAFTING CHALLENGE SEMPENA PENUTUP HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2023

DOE Pahang 09/11/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ECO RAFTING CHALLENGE SEMPENA PENUTUP HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

BALOK, 4 November 2023 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dengan kerjasama Balok River Adoption Program (BRAP) telah mengadakan Program Penutup Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pahang 2023. Sambutan Penutup HASN Peringkat Negeri Pahang ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Eco Rafting Challenge, Penanaman anak pokok Bakau, Pelepasan Anak Ikan, Perasmian Pondok Nelayan Balok, Pertandingan Video Pendek, Pertandingan Mewarna, Aktiviti Pengumpulan e-waste, minyak masak terpakai dan bahan kitar semula serta Pendaftaran Ahli RAS. Program Penutup Sambutan HASN di Negeri Pahang telah diadakan dengan melibatkan komuniti Balok dan Ahli BRAP. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar..