PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN & PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN & PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

30 Oktober 2023 , Pontian - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Kawasan Pekan Nanas , Pontian susulan aduan bau yang diterima oleh orang awam . Hasil siasatan mendapati antara punca bau adalah dari kawasan production di tempat pembakaran. Tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) dan penyitaan barangan telah dilakukan untuk siasatan lanjut dan menghentikan pencemaran bau tersebut . Pihak premis juga diarahkan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan pencemaran tersebut . Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga Alam Sekitar bersama serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Pihak Pemain industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan