Penerangan
30 Oktober 2023, Kulai ,Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kawasan Perindustrian Kulai , Johor bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat penambahbaikan yang harus dilakukan oleh pihak premis bagi mematuhi pematuhan berkaitan peraturan . Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi premis membuat penambahbaikan dan langkah-langkah pencegahan daripada berlaku pencemaran yang tidak diingini.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.