PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN PEMANTAUAN AKTIVITI-AKTIVITI DALAM JETI BERSEPADU BERSAMA JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN DAN LEMBAGA PELABUHAN JOHOR DI SUNGAI JOHOR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN AKTIVITI-AKTIVITI DALAM JETI BERSEPADU BERSAMA JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN DAN LEMBAGA PELABUHAN JOHOR DI SUNGAI JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

31 Oktober 2023, PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemantauan aktiviti-aktiviti dalam jeti secara bersepadu bersama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan Lembaga Pelabuhan Johor di perairan Sungai Johor. Pemantauan difokuskan di kawasan aktiviti berkaitan sungai yang berpotensi berlaku pencemaran berpunca daripada aktiviti jeti, perkapalan dan lain-lain aktiviti. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan, jeti dan lain-lain aktiviti agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan daratan kerana menurut Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan