PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI SIPUT DI MUKIM JEMENTAH DAERAH SEGAMAT

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI SIPUT DI MUKIM JEMENTAH DAERAH SEGAMAT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

26 Oktober 2023, Segamat – Pasukan Penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan siasatan aduan pencemaran Sungai Siput di Mukim Jementah Daerah Segamat susulan aduan awam mengenai sungai berwarna gelap yang disyaki telah tercemar. Pemeriksaan di lokasi aduan mendapati aduan adalah berasas iaitu keadaan sungai adalah berwarna gelap. Bacaan kualiti air bagi parameter pH telah diukur dan bacaan adalah pH 7 iaitu normal. Persampelan air sungai juga telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap kualiti air sungai tersebut serta bagi mengetahui tahap pencemaran. Pasukan penguatkuasa juga telah membuat pemeriksaan di premis industri yang berdekatan dengan lokasi aduan bagi mengenalpasti punca yang menyumbang kepada keadaan sungai tersebut. Siasatan kes ini dibuat di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan