PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM JELAJAH "JANGAN BAKOR EK" BERSAMA PELAJAR MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (ENGLISH COLLEGE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JELAJAH "JANGAN BAKOR EK" BERSAMA PELAJAR MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (ENGLISH COLLEGE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

25 Oktober 2023, Johor Bahru: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah bekerjasama dengan Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dalam menganjurkan Program Jelajah "Jangan Bakor Ek" Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 di bertempat di dewan EC, English College. Program ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4. Antara pengisian program adalah Ceramah berkaitan Kepentingan menjaga dan melindungi ekosistem Tanah Gambut dan Hindari Pembakaran Terbuka serta kuiz. Objektif penganjuran program adalah untuk memberi pendidikan, hebahan dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar tentang kepentingan pencegahan dan kawalan pembakaran terbuka serta menerapkan rasa kebertanggungjawaban serta pemilikan kepada masyarakat setempat terhadap penjagaan kawasan tanah gambut, kawasan yang sering terbakar serta penjagaan kualiti alam sekitar. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran program ini. Semoga objektif penganjuran program tercapai dan telah memberi manfaat kepada para pelajar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan