PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM ‘HIKING FOR UNITY’ ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 14 OKTOBER 2023, GUNUNG BERLUMUT, KLUANG, JOHOR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM ‘HIKING FOR UNITY’ ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 14 OKTOBER 2023, GUNUNG BERLUMUT, KLUANG, JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

6 orang kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai program mendaki Gunung Berlumut yang bertemakan ‘hiking for unity’ anjuran Kementerian Belia dan Sukan sempena Hari Sukan Negara 2023 yang disertai seramai 18 orang peserta. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Kebaikan aktiviti mendaki dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan, kordinasi dan ketangkasan diri. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan ukhwah di antara peserta, kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan orang awam yang turut serta dalam program ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor turut sama mempromosikan Hari Alam Sekitar Negara 2023 dan mengajak masyarakat untuk sama-sama menjaga alam sekitar yang merangkumi gunung-ganang, taburan hutan sehingga ke lautan yang menjadi habitat kepada flora dan fauna.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan