PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM JELAJAH "JANGAN BAKOR EK" PERINGKAT KOMUNITI DAERAH MUAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023 DI KOMPLEKS PENGHULU MUKIM AYER HITAM MUAR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JELAJAH "JANGAN BAKOR EK" PERINGKAT KOMUNITI DAERAH MUAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023 DI KOMPLEKS PENGHULU MUKIM AYER HITAM MUAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

14 Oktober 2023, Muar: Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah menganjurkan Program Jelajah "Jangan Bakor Ek" Peringkat Komuniti Daerah Muar Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam Muar dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar. Program ini telah dihadiri oleh seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat serta agensi kerajaan dan swasta. Antara pengisian program adalah aktiviti senamrobik, Gambut Fun Walk (5KM), pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta demonstrasi pemadaman api. Agensi yang telah mengambil bahagian adalah Majlis Perbandaran Muar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Muar, Jabatan Hutan Daerah Johor Utara, Jabatan Penerangan Daerah Muar, Jabatan Pertanian Daerah Muar, Jabatan Perikanan Daerah Muar / Tangkak, Pasukan Bomba Sukarela Mukim Ayer Hitam, Jabatan RELA Daerah Muar, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani dan SWM Environment. Objektif penganjuran program adalah untuk memberi pendidikan, hebahan dan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pencegahan dan kawalan pembakaran terbuka serta menerapkan rasa kebertanggungjawaban serta pemilikan kepada masyarakat setempat terhadap penjagaan kawasan tanah gambut, kawasan yang sering terbakar serta penjagaan kualiti alam sekitar. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Fuad bin Tukirin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Naning dan turut dihadiri oleh Dr. Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran program ini. Semoga objektif penganjuran program tercapai dan telah memberi manfaat kepada para peserta.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan