PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

LAWATAN KERJA PENGARAH JAS JOHOR KE PROJEK RTS JB-SINGAPURA

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JAS JOHOR KE PROJEK RTS JB-SINGAPURA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

LAWATAN KERJA PENGARAH JAS JOHOR KE PROJEK RTS JB-SINGAPURA LOKASI : Selat Johor & Bandaraya Johor Bahru TARIKH : 8 Oktober 2023 :: Pengarah dan pengurusan atasan JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan kerja ke projek berkelulusan EIA yang berkepentingan awam bagi melihat pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan status projek yang sedang dilaksanakan. Deligasi JAS Johor telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Timbalan-Timbalan Pengarah dan pasukan dari Penguatkuasaan EIA. Lawatan tapak yang dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran jelas status terkini projek dan untuk menerima maklumbalas secara langsung daripada penggerak projek. Perkara ini sangat penting untuk memastikan pematuhan berterusan oleh penggerak projek dalam mematuhi Syarat-Syarat Kelulusan EIA. Lawatan ini akan diteruskan juga di smua projek-projek yang tertakluk dibawah syarat kelulusan EIA mengikut dari semasa ke semasa. Jabatan ingin menyeru semua penggerak untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran dan pihak Jabatan sentiasa memantau perkara ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan