PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PELANCARAN MINGGU KESELAMATAN, PERSEKITARAN DAN KESIHATAN DI KANEKA MALAYSIA SDN. BHD.

DOE Pahang 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN MINGGU KESELAMATAN, PERSEKITARAN DAN KESIHATAN DI KANEKA MALAYSIA SDN. BHD.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

GEBENG, 17 Oktober 2023 - Pengarah JAS Negeri Pahang telah dijemput untuk bersama-sama merasmikan Program Minggu Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan oleh Kaneka Malaysia Sdn. Bhd. bersempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pahang 2023. Turut hadir di dalam program ini adalah Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang, En. Ahmad Fauzi bin Awang dan Pengarah Urusan Kaneka Malaysia Sdn. Bhd. En. Hiroyuki Nishimoto. JAS Negeri Pahang turut juga terlibat dengan aktiviti pengumpulan e-waste oleh kakitangan Kaneka Malaysia Sdn Bhd, pameran alam sekitar, pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan sesi perkongsian mengenai isu sisa buangan terjadual di industri serta pengurusan e-waste dan perlawanan persahabatan bola sepak di antara Kaneka Malaysia Sdn Bhd, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang. Pengarah JAS Negeri Pahang, Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kaneka Malaysia Sdn Bhd yang sentiasa menyokong usaha JAS Negeri Pahang dan memastikan pematuhan premis yang baik sepanjang beroperasi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan