PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGURUS & PENYELIA DIREMAN 4 HARI BANTU SIASATAN

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGURUS & PENYELIA DIREMAN 4 HARI BANTU SIASATAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

26 September 2023- Kulai, Johor Mahkamah Majistret Kulai telah membenarkan permohonan reman 4 hari ke atas pengurus dan penyelia sebuah premis bagi membantu siasatan berhubung kes pelupusan buangan terjadual secara haram di Seelong Jaya, Johor. Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 24 dan Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan