Penerangan
19 September 2023 – Pasir Gudang, Johor
Mesyuarat Penyelarasan Kualiti Air Sungai Pasir Gudang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Raven a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Warisan Negeri Johor telah diadakan di Dewan Cempaka, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang status kualiti air sungai di Pasir Gudang.
Mesyuarat dihadiri oleh YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan dan agensi yang berkaitan dengan pengurusan sungai di Pasir Gudang.
Satu sesi lawatan turut diadakan di beberapa lokasi pengawasan Sungai Tukang Batu, Sungai Selangkah dan loji rawatan kumbahan berpusat.