Penerangan
13 September 2023, JOHOR BAHRU-Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan sesi libat urus Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Akibat Tumpahan Minyak Negeri Johor pada 12 & 13 September 2023. Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kanan JAS Johor iaitu Encik Mohd Amin Bin Ghazali.
Seramai 48 peserta telah menghadiri sesi libat urus ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Johor, Cawangan Pengerang, Cawangan Pasir Gudang, Cawangan Kluang, Cawangan Batu Pahat serta Cawangan Muar. Kehadiran peserta selain daripada JAS adalah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLWS), Polis Marin, Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhilitan Johor, Jabatan Perikanan Johor, LKIM Johor, Lembaga Pelabuhan Johor, Jabatan Kerja Raya Johor, Kejora, Taman Negara Johor dan PIMMAG.
Objektif utama sesi libat urus ini adalah membincangkan isu dan cabaran dalam melaksanakan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Negeri Johor bersama-sama pihak berkepentingan di negeri Johor. Selain itu, bersiap sedia dan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, memastikan tumpahan minyak di pantai dapat ditangani dan dibersihkan secara sistematik dan berkesan, mendapat input daripada agensi-agensi berkaitan serta mendapatkan pandangan daripada para peserta libat urus ini bagi menambahbaik Pelan Tindakan Pembersihan Pantai ini.