PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

12 September 2023, Senai , Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat ) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Kawasan Perindustrian Desa Idaman, Seelong , Senai Johor bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan oleh pihak premis bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dapat di patuhi . Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi premis membuat penambahbaikan. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan