Penerangan
12 SEPTEMBER 2023, KOTA TINGGI – Pasukan Penguatkuasa JAS Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas loji-loji pengolahan kumbahan di sekitar Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati loji-loji tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh premis. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Pihak premis adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak tersebut dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.