Penerangan
11 September 2023, KLUANG : Satu premis membuat jubin di Kluang telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana tidak melengkapkan mesin glazing dengan sistem kawalan pencemaran udara bagi mengawal pencemaran udara iaitu habuk yang terhasil.
Pihak premis telah diarahkan menghentikan operasi mesin glazing tersebut dan memasang sistem kawalan pencemaran udara yang bersesuaian bagi mengawal pelepasan habuk dari mesin berkenaan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.