PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KES ADUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES ADUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 September 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Taman Industri Kulai berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk tempatan mengenai pencemaran asap dari sebuah kilang. Hasil siasatan mendapati premis menjalankan proses pembakaran bateri terpakai tanpa sebarang kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Tindakan penahanan operasi dan penyitaan barangan telah dilakukan untuk siasatan lanjut . Sampel telah diambil untuk tujuan analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Pihak Pemain industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan